Muzium Lukut
Muzium Lukut

Muzium Lukut

Muzium Lukut terletak kira-kira 12 km dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan 78 km dari Kuala Lumpur, Malaysia.Muzium Lukut secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai pada 9 April 1999 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad. Objektif kewujudan muzium ini ialah sebagai tanggungjawab bagi memulihara warisan sejarah negara dan memaparkan sejarah Lukut dari kurun ke-19 hingga 1880 iaitu sehingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Muzium Lukut dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari secara percuma. Muzium Lukut mempunyai beberapa galeri pameran antaranya Galeri A : Galeri Sejarah Lukut, Galeri B : Galeri Negeri Sembilan, Galeri C & D : Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.Objektif utama penubuhan Muzium Lukut :-Muzium ini dibina bagi meletakkan pelbagai artifak yang dijumpai di Kota Lukut, yang merupakan monumen sejarah yang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Pelbagai koleksi dan tokoh terbabit dalam sejarah Lukut dijelmakan semula dalam bentuk ilustrasi, gambar dan artifak. Kota ini menunjukkan bangsa Melayu mempunyai tamadun yang membanggakan. Sejak wujudnya Akta Warisan Kebangsaan 2005, Kota Lukut telah dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Warisan Negara. Manakala aspek urusan dan pentadbiran serta program Muzium Lukut pula telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Muzium Malaysia.